SSPN>>>

Sijil Simpanan Pendidikan Nasional???Apa tue??
Korang sumer dah wat lum akaun SSPN??Timbul niat dalam ati nie,nak mengingatkan semua member-member saya untuk membuat akaun SSPN secepat mungkin,sebab saya baru jer wat petang tadi.Penting ke??Saya sendiri pun tak tau nak kategorikan task wat akaun SSPN nie penting @ tak..Semua ni bergantung la kepada individu tersebut.Sape-sape yang rasa berniat nak mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),bek korang wat akaun ni,secepat mungkin..Bukan susah pun,isi borang pastu depositkan sekurang-kurangnya rm20..hehe.Cepat pegi wat>>>Takut kang melepas nak mendapatkan pinjaman PTPTN...Saya pun sebolehnya tak nak amik pinjaman nie...Sebab time dapat duit banyak-banyak tue,memang seronok,tapi time nak bayar balik tue la yang sakit..hehe.Harap sangat la dapat biasiswa..Tapi macam tak layak je.So,sediakan payung sebelum ujan,kang tak dapat biasiswa,PTPTN pun tak dapat,xde duit la nak sambung belajar..huhuhu.sedih tue...Tapi bagi yang mak bapak dia mampu nak support,tak yah la nak wat pinjaman lagi...Dah la ada faedah 3%.Membazir tue,nak kena bayar faedah plak...Sekarangkn kempen berjimat-cermat...Bila dah dapat duit PTPTN nanti,jangan la membazir,teruskan la dengan amalan berjimat,walaupun duit dah agak banyak...hehehe
12:15 AM | 0 Comments
Blog planning!!!!

PERHATIAN:::::hehehe,terkejut x??.Untuk beberapa hari ini,saya tidak akan membuat sebarang post.Korang sumer perasan tak yang blog nie,betul2 tak teratur???Semua nie terjadi sebab blog planning yang tak cukup lengkap dan teratur.So,saya mengambil keputusan untuk merehatkan blog nie untuk beberapa hari.Dalam tempoh itu,saya akan membuat perancangan,supaya blog ini dapat memberikan semua pengunjungnya maklumat yang berguna.hehehe.Dalam tempoh itu juga,saya akan melawat blog ini setiap hari.Saya aman mengharapkan komen daripada semua pelawat blog ini supaya saya dapat improve kualiti blog ini....Dipersilakan dengan segala hormatnya>>>
11:14 AM | 0 Comments
Biasiawa @ pinjaman>>>>
"Bapak angkat kita"hehehe
Salam semua kawan-kawan....Korang sumer mesti dah check result..So,skang dah sampai masa untuk kita mohon biasiswa @ pinjaman...hehehe.mak bapak tak mampu la.Saya yakin,korang sume meti tumpu nak dapatkan biasiswa daripada MARA.Yela,masa kat matrik dlu pun,makan minum kita MARA yang tanggung.hehehe.So,harap-harap kat u ni pun,MARA sudi juga la nak bagi kita duit poket untuk makan,minum beli buku dan paling penting,ENJOY.hahaha.Sape yang nak berongsi maklumat tetang tajaan MARA,leh bagi komen.Nanti saya akan masukkan ke dalam post yang akan datang untuk perhatian semua pihak yang memang perlu perhatikannya>>>
11:43 AM | 0 Comments
Tahniah dan takziah
"Keunggulan budaya kita"
Salam semua,pe kabar???Harap semua pembaca sentiasa di bawah lindungan ilahi.Korang semua mesti dah check resultkn,kalo blum,memang lembap so korang dah bleh mula membuat kemaskini terhadap permohonan ke IPTA korang.Jangan lupe!!!Penting tue...K la,sesuai dengan tajuk post kali nie,hari nie saya sebagai kawan kepada semua pembaca ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat result yang cemerlang.Tapi ingat,jangan sesekali rasa bangga dengan keputusan itu,dan korang kena sentiasa bersyukur kepada Allah,pencipta kita kerana telah memberi korang sumer result yang cemerlang dan teruskanlah berusaha untuk terus cemerlang,gemilang dan terbilang demi bangsa,agama dan negara.Kepada mereka yang mendapat result yang kurang cemerlang,saya yakin korang sumer dah berusaha bersungguh-sungguh.Korang mesti berfikir,kenapa korang still tak cemerlang walaupun dah berusaha gila-gila???Bersabar la.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.Ini hanyalah ujian dari Allah untuk menjadikan korang insan yang berkualiti.Insan yang banyak diuji,lebih berkualiti daripada insan yag tak pernah diuji.Tak caye???Bandingkan ayam dalam sangkar dengan ayam kampung yang lepas bebas>>>Fikirkan.......
3:48 PM | 1 Comments
Penting!!!!!
Perhatian kepada semua pelajar Kolej Mara Kuala Nerang,Kedah dan juga semua pelajar kolej matrikulasi sesi 07/08.Permohonan kemasukan ke IPTA bagi fasa 2 telah dibuka pada 21/05/2008.Semua pelajar dah bleh mula membuat semakan untuk fasa yang ke 2.Semakan bagi fasa ke 2 akan ditutup pada 27/05/2008.Cepat>>>>Wat semakan permohonan ke IPTA korang sumer sebelum terlambat......Tinggal 4 hari je lagi....
Permohonan ke IPTA fasa 2
4:21 PM | 0 Comments
Tujuan pe???

Logo kolej tercinta.hehehe.Ingat lagi x?tak kan baru sebulan tinggalkan kolej dah lupa.
Salam,ok la seperti yang dijanjikan dalam post sebulum ini,untuk post kali ini saya akan membentangkan,memberitahu dan mengumumkan apakah tujuan laman blog nie diwujudkan.Tujuan utama saya mewujudkan laman blog nie ialah untuk mengeratkan lagi hubungan yang pernah terjalin antara saya dan rakan-rakan sepanjang setahun kami di Kolej MARA Kuala Nerang.Disamping itu,saya juga berharap,melalui blog ini,senior-senior,junior-junior dan cikgu-cikgu dapat menyampaikan sebarang teguran,nasihat dan makluman kepada semua pelajar yang telah tamat pembelajaran di Kolej MARA Kuala Nerang yang tercinta ini.Hehehe.Jadi,disini saya ingin meminta bantuan dari rakan-rakan supaya kita dapat sama-sama memeriahkan blog ni,dan semoga satu hari nanti,kita dapat mewujudkan sebuah laman khas untuk komuniti bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan berapa banyak dan la lain-lain tujuan yang mulia la.hahaha.Demi bangsa,agama dan negara.So,sape yang nak bersama saya dalam usaha nie?Sila Angkat Kaki dan Tangan
3:20 PM | 0 Comments
Salam perkenalan>>>
Assalamualaikum salam perkenalan dan salam persahabatan.Untuk post yang pertama nie,saya dengan rasa rendah diri nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat laman web ini yang sudi melawat laman yang tak seberapa nie.heheheSaya nie hanyalah seorang insan yang baru je bidan terjun ke dalam dunia blogging nie.Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dalam usaha memperbaiki lagi mutu blog nie.jemput-jemput la bagi komen ye.Yang penting jsgs ls etika berblogging nie jgn mencarut ye.Pada post yang akan datang saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang tujuan penciptaan laman blog nie.
p/s: nak terus hantar email pun tak pe.Nie email saya usahawansempoi.gmail.com
1:14 AM | 1 Comments
